Tuesday, May 12, 2009

KENAPA AKU MESTI DI DUGA???

Kenapa aku mesti di DUGA??
Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi…kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu??? Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yg tersingkap didalamnya......segala jawapan ada di dalamnya....

KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yangberkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatanpertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).-Surah Al-Imran ayat 200 Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.- Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.- Surah Yusuf ayat 12
Read rest of entry

Friday, May 8, 2009

REALITI INSAN

Lagu ini menjadi sumber inspirasi bagi mereka yang dapat menghayati senikatanya...


Ku layangkan segala anganku,
Ku lepaskan semua khayalan jiwaku,
Berpijak d bumi yang satu,
memandang tinggi di langit biru.

Satu janji di dalam hati,
satu mimpi yang akan ku raih,
harapanku dalam hidup ini,
ku ingin menggapai cita dan cinta.

Ini bukanlah satu mimpi atau ilusi dalam jiwa yang sunyi,
ini adalah realiti keyakinan insan yang penuh visi.

Satu janji di dalam hati,
satu mimpi yang akan ku raih,
harapanku dalam hidup ini,
ku ingin menggapai cita dan cinta.

Satu…satu mimpi, di dalam hidup ku ini,
satu…satu janji yang ku gapai pasti.
satu…satu mimpi di dalam hidup ku ini,
satu…satu janji yang ku gapai pasti.


Ini bukanlah satu mimpi atau ilusi dalam jiwa yang sunyi,
ini adalah realiti keyakinan insan yang penuh visi.
Satu janji di dalam hati,
satu mimpi yang akan ku raih,
harapanku dalam hidup ini,
ku ingin menggapai cita dan cinta.

Satu…satu mimpi, di dalam hidup ku ini,
satu…satu janji yang ku gapai pasti.
satu…satu mimpi di dalam hidup ku ini,
satu…satu janji yang ku gapai pasti.

satu…satu mimpi di dalam hidup ku ini,
satu…satu janji yang ku gapai pasti.
satu…satu mimpi di dalam hidup ku ini,
satu…satu janji yang ku gapai pasti.
Read rest of entry

Membaca Nadi Kecemerlangan

MEMBACA buku pada masa lapang merupakan tabiat yang baik. Tabiat bermakna kita mengamalkan sesuatu perkara mengikut kebiasaan. Tabiat yang baik bermakna kita bertertib dengan disiplin ketika melakukan aktiviti seharian. Tabiat adalah bagaimana cara seseorang itu berfikir, bertindak dan bertindak balas dengan sesuatu kejadian.

Pelajar yang cemerlang perlu mempunyai tabiat yang baik. Kecemerlangan lahir daripada asuhan, keinginan dam keperluan untuk mencapai sesuatu yang baik. Cuba fikirkan sama ada anda mempunyai tabiat berikut dalam kehidupan sehari-hari:

1. Membaca buku sebelum tidur.

2. Bertanya di dalam kelas jika tidak faham.

3. Menoleh ke belakang setiap kali membuka pintu.

4. Mengemaskan keperluan ke kelas sebelum waktu tidur.

5. Mendengar dengan tekun apabila berbual dengan rakan.

6. Melemparkan senyuman apabila berselisih dengan orang.

Tabiat di atas merupakan senarai ringkas daripada pelbagai tabiat yang boleh diikuti oleh pelajar.

Ia bukan perkara yang sukar atau mustahil untuk dilakukan. Tabiat yang baik akan membantu anda untuk mendapatkan kecemerlangan.

Pelajar yang bersikap proaktif seperti suka bertanya di dalam kelas, berbincang dengan guru dan rakan, akan lebih mempunyai tabiat suka bersendirian.

Orang yang bersikap proaktif tidak terpengaruh dengan faktor luaran.

Di samping bertanggungjawab kepada diri sendiri, mereka akan cuba mengatasi masalah mereka.

Pelajar yang bersikap inovatif selalunya mempunyai tabiat penggerak atau pemula dalam diri mereka.

Mereka gemar melakukan perkara yang belum dilakukan oleh orang lain dan bangga menjadi pemenang.

Keinginan seperti ini lahir daripada tabiat inginkan kelebihan daripada orang lain.

Adakah anda orang pertama melakukan perkara-perkara berikut di dalam kelas:

1. Menyiapkan tugasan atau latihan.

2. Bersetuju untuk menjadi ketua atau pengawas.

3. Menawarkan diri untuk sebarang persembahan.

4. Mengangkat tangan apabila guru bertanya soalan.

Portal Utusan Online

Read rest of entry

Mengambil Hati

Ungkapan mengambil hati memberi maksud tindakan yang diambil sama ada melalui perbuatan atau percakapan yang boleh mencetuskan perasaan seronok tanpa menjejas emosi serta saling sayang menyayangi. Ungkapan ini juga kebiasaannya ditujukan kepada orang yang lebih dewasa seperti ibu bapa atau orang tua.

Sebenarnya ungkapan ini harus digunakan kepada semua golongan tidak kira peringkat dan umur kerana ia merupakan salah satu nilai murni dalam kehidupan. Hati ialah jiwa pada diri manusia yang tidak dapat dilihat dari segi fizikal. Jiwa pula amat sensitif terhadap apa yang dilihat, dibaca, didengar, ditonton dan dilakukan. Dari persekitaran dan peristiwa yang dialami seperti sedih, marah, kecewa dan sebagainya hati atau jiwa akan bertukar menjadi tindakan sama ada tindakan itu baik atau buruk.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar harus mengambil hati gurunya dan juga rakan-rakannya agar proses pembelajaran ini dapat dilaksanakan secara baik tanpa tekanan.Di antara perlakuan yang harus diberi perhatian untuk mengambil hari guru ialah seperti berikut:

• Hormat: Guru harus dihormati walaupun dalam keadaan yang tidak formal. Pada hakikatnya guru ialah pembimbingan pelajar, walaupun dalam keadaan interaksi yang tidak formal. Manakala dalam bilik darjah pelajar harus menghormati guru dengan cara meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dan membuat perkara-perkara yang disuruh.

• Membuat tugasan. Segala tugasan yang diberikan oleh guru harus dilengkapkan sebelum tamat jangka masa yang diperuntukkan. Pelajar yang tidak membuat tugasan bermakna mereka engkar dengan arahan guru.

• Menjauhkan diri daripada perbuatan biadap: Kita juga terdengar terdapat segelintir pelajar yang bertindak liar seperti menyerang guru atau merosakkan harta benda guru disebabkan teguran yang diberikan oleh guru terhadapnya. Sebarang teguran yang diberikan oleh guru kepada pelajar ialah semata-mata untuk memberi pendidikan yang meliputi larangan salahlaku atau dorongan ke arah peningkatan imej dan prestasi diri.

Apabila guru berpuas hati dengan pelajar bermakna pelajar sudah berjaya mengambil hati guru. Mengambil hati bukan bermakna mengambil peluang berbaik dengan guru agar pelajar mendapat ganjaran markah yang tinggi atau untuk tujuan yang lain tetapi untuk mewujudkan satu perasaan seronok dan saling berinteraksi bersama-sama untuk menyelesaikan masalah pembelajaran tanpa menghadapai sebarang tekanan.

Portal Pendidikan Utusan Online

Read rest of entry

Pelajar Teruja Sertai Kelab Wartawan Muda

KUALA PILAH 5 Mei - Seramai 10 pelajar yang dipilih menyertai projek perintis Kelab Wartawan Muda berazam menjadikan pengalaman itu sebagai permulaan untuk mencipta karier dalam organisasi media.

Mereka yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Tuanku Muhammad di sini memberitahu, pendedahan berkaitan media cetak dan elektronik serta mendekati individu wartawan, jurufoto dan jurukamera secara dekat memberi banyak faedah. Pelajar tingkatan 4, Amirul Azam Naim, 16 berkata, kerjaya wartawan sama ada media cetak mahupun elektronik kian mencabar dan peluang yang ada akan digunakan untuk mengasah bakat supaya suatu hari nanti dia terpilih menyertai bidang ini.

''Saya gembira apabila dipilih menjadi pelajar perintis dalam projek Kelab Wartawan Muda ini. Ini adalah peluang untuk saya terlibat secara serius, walaupun liputan sekadar di peringkat sekolah," katanya di sini hari ini. Kesemua 10 pelajar itu hari ini diberi pendedahan cara penyampaian berita, rakaman visual, lintas langsung dan suasana bilik berita oleh ahli Kelab Wartawan Negeri Sembilan (i-KWAN).

Mereka juga merupakan pelajar yang terpilih untuk menyertai Kelab Wartawan Muda peringkat Parlimen Kuala Pilah yang akan dirasmikan oleh Ahli Parlimennya, Datuk Hassan Malek, yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, di sekolah berkenaan esok. SM Tuanku Muhammad akan menjadi pusat kecemerlangan wartawan muda bagi peringkat Parlimen berkenaan yang akan turut mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari para Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), selain ahli i-KWAN.

Sementara itu, Steafanie Andrew Kanthasamy, 16 pula memberitahu, dia teruja apabila diberitahu terpilih menyertai kelab berkenaan dan tidak sabar untuk belajar dan mendekati golongan profesional ini.''Saya selalu menonton televisyen dan membaca akhbar. Hari ini saya lebih teruja kerana diberi peluang mendekati individu yang membuat berita dan melaporkan kejadian itu.'Saya akan pelajari cara wartawan bekerja, masalah yang dihadapi, cabaran dan sebagainya. Ini adalah pengalaman baru kepada pelajar di sekolah ini," katanya. Rakannya, Soraya Mohd. Ghazali berkata, selain mempelajari dunia kewartawanan, dia juga berpeluang untuk mengetahui berita terkini daripada pengamal media.''Saya percaya, mula saat ini kita akan menghargai jasa wartawan. Saya tidak sabar untuk dibawa ke lokasi sebenar apabila tamat kursus dan bengkel yang disediakan Kelab Wartawan Negeri Sembilan," katanya.

Utusan Malaysia Online

Read rest of entry

Strategi Tangani Isu Rempit

PELBAGAI kejadian jenayah baru-baru ini yang dikaitkan dengan mereka yang dikatakan 'Mat Rempit' telah menyebabkan pihak berkuasa menggandakan usaha menangani gejala mat rempit ini. Gejala tersebut, berdasarkan tangkapan yang dibuat, melibatkan ramai remaja Melayu lelaki yang beragama Islam. Adalah amat sedih apabila mengetahui situasi ini yang menggambarkan realiti sebenar permasalahan generasi muda Muslim kita.

Gejala mat rempit kini bukan sekadar aksi tunggangan ekstrem di jalanan tetapi turut mengalami evolusi budaya yang turut merangkumi aspek penampilan seperti cara berpakaian, pertuturan serta pergaulan dan juga aspek dalaman yakni idealisme, kecenderungan serta nilai hidup. Aktiviti mat rempit juga bukan sekadar dikaitkan dengan kesalahan trafik malahan kesalahan jenayah umpamanya penyalahgunaan dadah, merompak, meragut dan sebagainya serta ketirisan akhlak seperti pergaulan bebas.

Tentunya tidak adil untuk umum melabelkan semua mat rempit bersikap sedemikian rupa kerana ada sesetengahnya memang sekadar melibatkan diri dalam aktiviti bermotosikal tanpa sebarang unsur jenayah atau isu moral. Namun pelbagai stigma negatif yang terpalit pada para mat rempit seakan tidak dapat dipadamkan daripada persepsi masyarakat kerana kerapnya berlaku insiden jenayah dan tidak bermoral yang melibatkan golongan bermotosikal.

Dan persepsi sedemikian diperkukuhkan lagi apabila masyarakat mengalami sendiri insiden yang tidak diingini yang melibatkan golongan tersebut, apatah lagi jika ada kaum keluarga sendiri yang berkecenderungan sedemikian.Ia seakan kelihatan sebagai satu wabak virus sosial yang semakin merebak di kalangan golongan belia di negara kita khususnya remaja Melayu. Dan wabak ini perlu ditangani sebelum ia menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara.

Operasi "merawat"

Operasi penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa terutamanya polis sememangnya perlu dalam menangani gejala ini daripada menjadi belenggu yang mencetuskan ketidaktenteraman dalam masyarakat. Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan saman, penjara, atau kenderaan disita berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Usaha sedemikian dapat dilihat sebagai satu kaedah pendidikan menggunakan hukuman sebagai pengajaran buat yang tertangkap dan mereka yang lain.

Walaubagaimanapun, selain pendekatan hukuman, kita juga perlu melihat kepada kaedah lain yang mampu menyelesaikan gejala sedemikian dengan mengambil kira akar puncanya. Sebagaimana konsep pengubatan dalam Islam, yakni mencegah itu lebih baik daripada mengubati, pendekatan yang diambil perlu berhasil membina ketahanan iman dan ilmu yang kukuh agar tidak terjebak dengan apa jua pengaruh negatif yang timbul dewasa ini.

Ironinya, media pula mengagungagungkan budaya mat rempit dengan menyiarkan sisi kehidupan golongan tersebut. Natijahnya hal ini mungkin menjadikannya satu budaya popular di kalangan remaja. Jelasnya gejala mat rempit merupakan realiti masyarakat yang tidak perlu disebarkan.

Sistem pendidikan

Faktor pembentukan gejala sosial seperti mat rempit juga boleh dilihat dari aspek pencapaian sistem pendidikan di negara kita. Adakah sistem pendidikan kita mempunyai kelemahan sehinggakan terdapat banyak modal insan yang dididik terjerumus ke dalam kemelut sosial? Persoalan tersebut perlu ditelusuri secara objektif dan ikhlas demi kebaikan generasi muda. Soal ego dan kepentingan diri perlu ditolak dalam menjawab persoalan tersebut.

Sebagai contoh, berkemungkinan sistem pendidikan negara masa kini terlalu berlandaskan peperiksaan iaitu penerapan konsep ilmu oleh guru diikuti pengulangan konsep ilmu tersebut oleh murid. Kemudiannya, proses penilaian banyak berlaku secara di atas kertas iaitu peperiksaan bertulis. Teknik pengajaran di dalam kelas pula lebih mengaplikasikan gaya belajar yang bersifat auditori dan visual, yang mungkin lebih mudah diadaptasikan oleh pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang lebih cenderung kepada gaya belajar kinestatik atau berbentuk amali.

Implikasinya, kedapatan lebih ramai pelajar lelaki yang keciciran, iaitu tidak dapat menyerap sepenuhnya proses perkembangan ilmu di dalam kelas dan seterusnya kurang cemerlang dalam peperiksaan. Keadaan sedemikian berpotensi menyebabkan mereka kehilangan arah kehidupan andainya tidak terus dibimbing sebaiknya. Tambahan pula, adakah integrasi konsep pendidikan Islam atau moral (bagi bukan Islam) secara teori dan amali turut diberikan penekanan secukupnya dalam pembelajaran di sekolah? Hal ini memerlukan kita meneliti kembali sukatan serta kaedah pengajaran yang digariskan untuk para pelajar kita.

Mengapa remaja Melayu?

Persoalan kedua ialah, adakah benar gejala ini lebih menular di kalangan remaja Melayu berbanding kaum lain di negara kita? Jika benar, mengapakah hal ini berlaku sedemikian? Jawapan kepada persoalan tersebut mungkin boleh dikaji berdasarkan kepada faktor sosio ekonomi dan demografik kaum-kaum di negara kita. Secara umum, penglibatan masyarakat bukan Melayu dalam perniagaan memungkinkan golongan muda mereka turut terlibat secara langsung dalam perniagaan keluarga di samping menelusuri lapangan akademik melalui persekolahan.

Situasi ini mendedahkan mereka kepada kegiatan berniaga yang menuntut mereka kepada pengiraan untung rugi serta perencanaan terhadap kelangsungan perniagaan untuk masa depan. Praktis sedemikian merupakan satu pendidikan berbentuk kinestetik atau amali dalam kehidupan mereka. Justeru bagi yang cenderung dalam akademik, usaha mereka akan ditumpukan kepada kecemerlangan pelajaran. Manakala bagi yang lebih cenderung ke arah bidang bukan akademik, mereka berkeupayaan untuk meneruskan perniagaan keluarga jika ada minat ataupun membuka perniagaan baru berdasarkan pengalaman berniaga dimiliki.

Manakala bagi remaja Melayu pula, wadah pendidikan yang ada mungkin terhad kepada persekolahan semata-mata. Oleh itu, sekiranya tercicir, hal ini menyebabkan remaja tercari-cari alternatif lain untuk mencurahkan bakat, minat dan tenaga mereka. Lalu, apa yang dimiliki di depan mata itulah lebih mudah menjadi medan perencanaan bakat dan kehebatan mereka. Tidak lain tidak bukan itulah motosikal. Motosikal, dengan harga yang mampu dimiliki oleh kebanyakan keluarga Melayu, memungkinkan ramai remaja memilikinya sendiri atau melalui milik keluarga.

Dengan motosikal yang dimiliki itulah remaja memanifestasikan keupayaan fizikal mereka dengan membuat aksi ekstrem, dan kepintaran teknikal iaitu dengan mengubahsuai motosikal untuk menjadi jentera pemanduan yang lebih laju. Dua pendapat di atas hanyalah merupakan hipotesis untuk menjelaskan faktor pembentukan gejala mat rempit yang masih perlu dibuktikan sama ada secara kualitatif mahupun kuantitatif. Malah mungkin ada pendapat lain yang lebih baik serta faktor lain yang perlu diambil kira untuk menjelaskan isu ini.

Bagaimana dengan negara lain? Kajian sosiologi yang merujuk kepada perbandingan budaya remaja antara kaum di negara kita dan di negara-negara lain juga boleh dilaksanakan demi memperoleh faedah berbanding. Antara persoalan yang boleh dijadikan objektif kajian ialah adakah gejala sedemikian turut berlaku di negara-negara lain? Apakah puncanya? Jika ada, bagaimanakah pihak berkuasa di sana berusaha mengatasinya?

Dengan hasil kajian yang diperoleh, pihak berkaitan boleh merangka strategi yang lebih baik serta mengadakan usaha kerjasama yang menggabungkan kepakaran masing-masing dalam usaha menangani gejala mat rempit ini secara lebih berkesan.

Sumber Utusan Malaysia online.
Read rest of entry